~hepy bezday ima!!~

today is ari jadi ima.
hepy besday ima lalink.
hope all ur wish come true~

k.a.m.i dh sambut besday ima in advance
hadiah pun dah dapat kan ima?
baekkk punyer hadiah.

sambutan besday malam tu,perghhh
penuh dengan jeritan jer
biase la,bila ada binatang yang muncul,
mesti terjerit2, "KATAK", hadiah ima
yang ktaorg bagi,eh silap,nik bagi
ni semua idea fatma la ni,
bab2 idea jahat je,mesti fatma,
biase la,ramai adik beradik lelaki,
so,nakal fatma ni len macam skit.

kam pun sama,wahhh,galak sungguh kena kn orang,
sekali bila si hamster diba di keluarkan,
ha,pe lagi,menjerit2 la minah tu,
siap hentak2 vakum lagi,panjat kerusi la,mcm2
nadia plak,kurung diri dalam bilik,sabar jela..
bayang kan la kalau ktaorg celebrate besday tu kat kolej
mau kena maki hamun,sebab bising sgt.

ima dapat katak yang sgttt dia syg.hehe
tapi xper,pasni susah dah nak kena kan ima,
sebab mesti pasni sharif backup, hehe
to ima, semoga pjg umo n murah rezeki,
semoga apa yang di hajati akan tercapai.

^_^


Proposal...prokojol

aishhh.sempat lagi kau nak mengupdate blog ni kusya,
GILA? *ayat aied*

dalam kepala otak tengah weng buat proposal,
sempat lagi kan nk update blog la,men fb la,
wahhh,hebat sangat la tu.
sampai jumaat depan je dah kojol.

proposal? arghhhhhhhhh...
susah,susah..penat kot nak karang ayat dalam B.I
grammar ntah ke mana-mana,gila betul
tak boleh ke tamat kan pengajian tanpa buat FYP?
*boleh la..boleh la..plezzzzzz *_*  hehe*

dari semalam ni,asyik buat 1.1 je,ntah bila nak start buat yang lain.
*mati la ko kusya*,pasni baru terhegeh2 tak tido malam la,
pe la,semata-mata nak kejar dateline. aishhhh...

time-time camni la mengharapkan keajaiban dalam mengarang ayat,
n harap-harap la otak aku ni boleh pikir dengan laju nya,
ala-ala kete F1 tu.. senang sikit nak siap kn prokojol ni.

haa,tgk! tulis blog laju je
cuba la kalau buat proposal pun laju camni jugak
kan bagus...
kusya...kusya..kusya...

I Type What I Feel~

apa aku rasa sekarang ni?
aku rasa nak marah!bengang!
semua ada.

apa maksud "FAMILY"?
it just a word or ada maksud tersendiri?
i don't know!

setakat yang aku tau,
someone akan bina keluarga sendiri,
jaga setiap kepentingan family,
jaga makan minum,
knows that family must come first 
dalam setiap perancangan yang di buat,
dalam setiap decision yang di ambil,

bullshit la untuk ambil tahu or jaga kepentingan
orang lain tanpa hirau dengan family sendiri kn?
rahsiakan semua nya,elak dari semua terbongkar?
semua kebaikan yang di buat dulu perlu ke untuk 
di ungkit balik? perlu ke di balas balik?

we will see siapa yang akan tolong siapa
masa dalam susah nanti!!
semua kebaikan tak pernah pun nak di kenang!
you should protect your own family! not others!
selagi aku boleh sabar,aku sabar!




Her Birthday! ~FIRDA NUR DIBA~

*tinggal perkataan besi je..hehe*


today genap la umur dia 25tahun, eh silap,23 tahun
cepat gila membesar kan? 
yang lain baru je sambut birthday yang ke 22,
dia dah yang ke 23,so fast.

happy birthday to you my lovely friend,
I Love You So Much!
May All Your Wish Come True My Dear,
and Hope That Your Teeth Will Look 'tersusun'
and niceeeee...
heeeee ^_^


bila genap umur 23 tahun ni,
apa yang kau impikan?
kahwin? hahaha..
sabaq naa,lagi 2 tahun je umoq hang 25tahun
dah lulus dah nak kahwin.hehe

tengs naa sebab belanja kami makan KFC,
berbakul-bakul,sedappp and kenyang gila!
happy tengok kita semua dapat duduk semeja,
panjang pun panjang la,
janji happening.hehehe
thank GOD tak de yang buat onar kat situ tadi
kalau tak, femes la kita ni.hehehe

watever it is,hope kau akan hepy dengan 
yang tersayang..
*aku la tu kan? mekasehhhhh*

=cantik jugak nama kek hang,"si gigi besi".hehe=


panjang tak panjang? hehe


||K.A.M.I|| @ Alam Sentral

kalau dah tajuk pun K.A.M.I
mesti la entry ni ada kaitan dengan dorg kan?

harini 1st day kelas,and 1st day aku jumpa balik dengan dorg
after kelas pagi tu,kami pun balik la rumah sewa,*dorg punya rumah,aku menumpang je*heee
duduk tak sampai 2 minit kot,tiba-tiba Kam ajak pergi P.A.S,
katanya nak survey laptop *kaya tuuuuu*
saja jela kam ni nak ajak orang abis kan duit.

ok,lepas siap lebey kurang,touch up sikit-sikit,
lilit tudung 2-3 kali,masuk keluar toilet 3-4 kali,
ktaorg pun gerak la g P.A.S,
naik 2 kereta yer, 1 mini cooper diba,1 alphard nik.

naik je tangga bergerak tu,perghhhh,
dah rambang mata,aku benci la kalau dorg buat promotion ni,
mesti aku akan TERbeli punyer,cehhh..

lepas tu,siri penjelajahan pun bermula,
lepas kedai ni,kedai lain pulak ktaorg masuk,
tanya macam-macam *gaya macam tau je bab2 laptop ni,
padahal,yang adooo*hahahaha....
siap duduk lagi,buat macam dalam kelas pulak,
tanya itu,tanya ini,tapi masa dalam kelas tak pulak rajin bertanya macam ni.
(ok,aku la tu kan,biase la,aku kan pemalu,hikhik)

lepas dah berpuas hati dengan harga yang di tawarkan,
kami pun beli la. eh silap,kam yang beli,
yang pelik,kam ni,dia tak kisah dengan laptop yang famous skang ni,
orang sekarang prefer yang kecik,tapi kam,still nak yang screen besar,
katanya senang nak tengok movie,
haaa,niat beli laptop pun dah menyimpang,
mcm mana? hahahaha
takpe la kam,janji hang puas hati,
boleh pinjam join sekali tengok movie..hehe

aku seperti biasa,kalau tak menghabiskan duit,
tu bukan aku la tu,sekarang ni dah jadi shopaholic!
pantang berkenan,semua aku rembat!
apa aku beli? tetttttt....
tak nak la bagitau,hahahaha

*aku happy jumpa dengan salesman yang rajin melayan customer,cute la awak! hahaha*

|Sem Baru|

erkkkkk...


comei tak gambar atas ni?
camni la lebey kurang muka aku pagi tadi
lepas kelas 1st aku
tau kenapa? sebab tempat tu sangat CREEPY ok!
and tempat tu sangat la tidak sesuai untuk belajar
dah macam set untuk buat cerita hantu je
siap ada bunyi cengkerik,sunyi,dan 
macam duduk hutan.ok,over plak kan? hehe..
takpe,takpe,maybe dorg tak sempat kemas kot 
*ayat sedap kan hati*
nasib baik kelas dlm pukul 1030am,kalau kelas 630pm,
mmg aku akan datang tak datang jela kelas tu..heeee...alasan.


p/s: kalau tak dapat score gak tak tau la kan,tempat belajar dah cukup sunyi dah untuk fokus belajar, *peace*



Zizan Oh Zizan..

sanngup tu buat post pasal zizan ni
hehehe..
actually sebab baru lepas tengok melodi
la aku buat entry ni..hehehe


Love You Zizan!!!

kenapa aku suka sangat dengan mamat ni?
bukan kenal pun,tapi since dari dia ujibakat raja lawak dulu
aku dah terpikat dengan dia..huhuhu...
smart kan dia? haaa,korg jgn nak puji lebih-lebih na,aku je boleh.

ayat dia yang aku still ingat sampai sekarang ni
adalah masa time ujibakat dulu,lebih kurang begini la ayat dia
"kalau siapa-siapa yang terserempak dengan saya dekat tepi jalan tu,tumpang-tumpang kan la yer"
*kalau salah diam je ek,aku pun ingat-ingat lupa*
hahahaha...muka masa tu nak sedey je..hahaha

aku penah cakap kat mak ayah aku,
kalau Zizan masuk minang *in my dream je kot* terus terima,
kalau orang lain masuk minang,tanya akak dulu yer.
lebey kurang begitu la ayat aku..hahaha
ok,ok,aku tau,bunyik cm perasan je kan? tapi ada aku kesah?
lalaallala....

kalau orang tanya kenapa suka sangat dekat mamat ni,
aku akan jawab sebab dia comeiiiiiiiiiiiii...
kat twitter pun aku follow dia,perghhh,taksub tu.
hikhikhik



leb u la zizan!!!! 


tak ke comei mamat ni.huhu

Untuk Si "Kreatif"

ada gaya tak? haha(diam ye kalau tak setuju!)

perkataan kreatif je dah melambang kan yang seseorang tu
hebat dalam art or dalam meng"edit" gambar kan?
aku? aku la orang yang paling,paling dan paling 'kreatif'
dalam bab-bab ni..hahaha
dalam family aku,kira aku la paling hebat, eh silap
paling lembab dalam hal-hal begini.

adik-adik aku semua pandai tau,
gambar-gambar dorg edit boleh di kategorikan
sebagai cantik gak la,kalau nak di compare kan dengan aku punya
huh,ibarat beauty and the beast!

baru 2 3 hari lepas adik aku ajar aku cara-cara nak edit gambar
tapi bukan guna photoshop yer,tapi guna PICNIK je
sebab aku tak boleh la nak paham cara guna photoshop tu
terlalu complicated untuk di terima otak ku..hehe
guna picnik sangat senang,korg pilih je pe bentuk yang korg nak
zappppp!!!! dah siap gambar korg..easy kan? hahahhaha

sukati la orang nak cakap pe,AT LEAST aku try nak belajar meng'edit' gambar
WALAUPUNNNN hanya dengan menggunakan picnik.hahahaha
aku bangga tau dapat edit gambar sendiri.lalalalalala


jom compare gambar yang aku edit guna picnik,dengan gambar yang adik aku edit guna photoshop:


photoshop



picnik

haa,mana lagi cun? hahaha 

p/s: kalau cantik,komen. kalau tak cantik,diam je! ^_^


mukabuku a.k.a facebook

I'm addicted to facebook!!!
dasyat kan? hahaha
kalau la fb ni boleh bawak masuk dalam subjek actuary
kan best,kompem tak repeat

kawan-kawan aku selalu cakap yang asyik-asyik
muka aku je dekat fb tu
yela,nak buat macam mana,
dah tu je yang tak keluar duit
kalau aku selalu keluar rumah kang
tak manis pula kan? al maklum la,darah manis..
hikhik.. (darah korg mesti masam kan? haa,)

melalui mukabuku tu la aku jumpa kawan-kawan sekolah lama aku
dan dari situ juga la aku dapat update citer-citer dorg semua
nak mengharapkan sms? memang tak la.
sebab masing-masing mesti nak jimat kredit kan?
yela,nak mesej abe-abe lagi,mak mertua lagi,pak mertua lagi
mak sendiri tak nak pula mesej kan? haaa,kantoi sudah.

sayang nya,manusia telah menyalah guna kan teknologi pada masa kini
dengan melakukan perkara-perkara yang tak masuk dek akal.
mengarut la korg kan?
pergi upload gambar yang bukan-bukan pula,
ingat ni myspace ke yang boleh letak gambar macam-macam?
pastu kalau dah kantoi,nak salah kan orang lain plak


tu yang aku selalu pesan,
kalau gambar tu,private kan la kat certain kawan rapat je
yang betul-betul boleh di percayai
ini idak,pi expose kan gambar kat semua orang yang baru kenal 2 3 jam
pandai sangat la tu kan!

pastu bila dah terdedah semua,mula la tak tahu nak letak muka kat mana kan?
ha,nanti macam-macam la gaya muka yang korg tunjuk kan?alaa,macam yang kat atas ni.
sendiri buat,sendiri tanggung la kan.
*opsss terEMO plak* sorry.

banyak pula "kan" dalam ayat aku,takpe la,malas nak tukar
my advice to korg semua kan,(kan lagi), berhati-hati la
dalam melakukan sesuatu perkara
terlajak simpang jalan,boleh reverse balik,kalau terlajak perbuatan? 
ada ke gear reverse? lu pikir la sendiri *pinjam tagline nabil,hehe*

For The Rest of My Life~PART2~

Hola,,,
aku nak sambung story pasal mereka ni,tapi kali ni,
mengenai kawan-kawan UITM aku..
=K.A.M.I=

aku pernah buat post pasal kami ni dekat "mukabuku",
tapi tak ramai kot yang baca,sebab aku merepek je tu.
kami ada 9orang(termasuk aku),ramai kan? haaa
ramai pelik tengok kami,macam budak-budak sekolah pula nak
geng ramai-ramai,tapi tu la yang di katakan jodoh.
lagi ramai kan lagi bagus,senang nak gaduh,dan senang nak mintak tolong gak.

kalau dalam kelas,kira meja kami la yang paling panjang,mcm keretapi pun ada.
sampai kan,masa kami nak masuk kelas,ada la sorang mamat ni,
siap kira lagi kami ni sorang-sorang,bila tak cukup orang,mula la mereka tanya.
tak kesah la labu,janji kami ni tak ganggu orang lain.
kami suka buat hal kami je,malas nak campur hal orang lain,
tapi kalau bab gosip,memang laju,
yela,pompuan kan..
heeeee

lagi satu,kami ni suka buat car pool,
sempit memang sempit,kalau ada JPJ tu,
mau kena tahan,hehe..(tapi best gak kan kalau kena tahan dengan JPJ,yela,abg-abg tu hensem-hensem kot..hikhikhik...)
tapi kami tak kesah sangat,sebab tak ada orang nak tumpang kan kami pun..
lalalalala....

kami kalau berjalan ramai-ramai tu,kira ada la nampak macam
anak itik follow belakang mak dorang.
sebab kami pun ada mummy kami,nama dia NIK,
dia baik sangat, tak penah berkira la,
dan dia suka sangat basuh baju,bukan baju dia je yang dia basuh,
dengan baju-baju kami dia basuh,
tak ke dia macam mummy?
tengs NIK!! muuaaahhhh

kami ada macam-macam perangai,kira package lengkap la
ada yang sengal,separa sengal,suku sengal,dan yang terlebih sengal pun ada.
mereka ni tak penah nak berkira sangat,
buat pape pun,tak ada nak mintak balasan,
susah nak jumpa orang macam mereka ni.
*tacing jap..sobs...sobs..*

mesti ada yang tanya,kalau ramai-ramai macam tu,
tak bergaduh ke?
adoyai,op cos la bergaduh,
orang yang dah kahwin bertahun-tahun pun boleh bergaduh,
ni kan pulak yang tak ada kaitan or pertalian darah,
mesti la ada gaduh,
tapi bergaduh tu kan best? baru la boleh kukuh kan persahabatan,
tacing menacing mesti la ada gak kan..nak buat macam mana,dah kata pompuan,
mesti la cepat tacing..

banyak suka dan duka kami lalui sepanjang perkenalan kami
dah dekat hampir 5tahun kami kenal
since dari diploma kot,bawa la ke degree
tiap kali aku tulis pasal kami,
mesti terasa cam nak menagis,tak tau la kenapa

dalam group ni,ada Nadia,Diba,Ilani,Kam,Fatma,Ija,Nik,Ima.
masing-masing ada kebolehan masing-masing
kam and ima hebat dalam memasak
nik hebat dalam mencuci sume
diba seorang yang kemas,kira perfect la
ija seorang yang lembut,susah nak tengok dia marah
nadia,yang paling sengal kot,hehe,n paling kecik
lani,dia hebat main futsal
fatma,dia ni kira lelaki bertopengkan perempuan
bab-bab membetulkan alatan letrik,sume dia reti..
hehehe...

aku berharap sangat friendship ni akan kekal sampai bila-bila
susah nak jumpe orang macam dorang sekarang ni
maybe ada,tapi kena cari betul-betul

p/s: korang kawan dunia akhirat aku,takkan aku lupa kan jasa korang.

seperti kata diba: "a friend i need is the friend indeed"


=K.A.M.I= 

macam keretapi kan? tutt..tuttt..
~always in my heart~

For The Rest of My Life~PART1~

Haa,tajuk nak gempak je kan? mesti korang ingat aku nak citer pasal love story aku kn?
tetttt... salah,salah,salah..
tak ada apa nak cerita pasal love story aku,sebab tak gempak pun,kecundang banyak kali ada la..
after this,aku tunggu kat rumah jela,mana tau,ada putera raja datang nak meminang ke.. *hikhik..ok,saya perasan*

actually,aku nak story moli pasal insan-insan yang sengal bengal yang ada dalam hidup aku ni.
di sebab kan diaorang la aku pun terikut sengal juga.
yela,aku kan insan paling comel dan molek  perangai nya.. opsss,TERPERASAN lagi..
biar la,ada aku kesah? hehe...

First sekali,aku nak story pasal kawan sekolah rendah aku.
di sebab kan rumah masing-masing dekat,so sampai sekarang la kitaorang masih contact each other.
time-time raya je,mesti kumpul ramai-ramai,tp ada la jugak yang tak dapat join,
alasannya,SIBUK,alaa,ye-ye je korang kan? nak bohong aku la tu.
ok tak pe,aku tak kesah sangat pun (dalam hati merintih sayu,tacing bak kata ain..)
terlupa pulak nak introduce dorang ni,
ok,setakat yang memory otak aku boleh ingat la,
ada WANI,AIN,DIYANA,JAI,ISMA,IPIN,LIAS,ODAH,PAH,FIZIE,
haa,tu je yang aku dapat ingat,ada jugak yang lain-lain lagi,
tapi tak berapa rapat la..lagipun memory otak aku tak berapa mengizinkan
yela,berape GB je ada,mana boleh simpan banyak-banyak.

diaorang memang 'headpening' punya manusia,perangai mengalahkan jin afrid!
lagi-lagi yang lelaki tu,perghhh,diaorang lagi atas dari jin,
tu sebab jin pun takut dengan dorang.
yang girls pula,perangai lebih kurang je,cuma masih ada mengekalkan unsur kemelayuan dalam diri masing-masing.. *geli aku tulis statement ni*
dorang jugak la yang selalu buat aku tacing!! tapi tak pe,
raya nanti jangan lupa mintak maaf yer..

tapi di sebabkan perangai diaorang juga la aku happy bila diaorang ada dengan aku
kami bergelak ketawa bersama-sama,tolong each other,
cuma menangis je lain-lain,tak mahu aku menangis depan dorang,
malu la,lagi pun nanti hilang la MACHO aku..
tapi kan, ain penah menangis depan aku,hahaha,
muka memang tak boleh blah la kata orang..hahhahahah

dah masuk dekat 15tahun kan kita berkawan??? suprise!!hehehe
kalau kahwin tu,mau dah ada anak yang bersekolah..hikhikhik
THANKS korg.. *tacing jap*
hope friendship kita ni akan kekal sampai bila-bila..


LOVE KORANG SANGAT-SANGAT!!


ni la mereka yang telah disebut-sebut kan tadi,
saje je nak edit kasi cam nampak gambar lama-lama
kata dah 15tahun berkawan kan..
tengok muka masing-masing,macam jin afrid kn?
hehe..^_^




to be continue....

~New Year 2011~

pejam celik pejam celik dah new year,cepat kan? 
nasib baik la pejam-pejam boleh celik balik,
kalau pejam tak celik-celik? Innalillah~~~

Tahun baru ni aku ada pasang azam,tak macam tahun-tahun lepas,tak ada azam,tak ada wawasan,(ala-ala gaya awie cakap dalam Zombie kg pisang tu) yang ada cuma kawan nama Azam,tu pun tahun ni dia dah tukar nama jadi Azam Baru,pelik-pelik je budak ni.

Azam aku tahun ni adalah seperti berikut: 
*ayat skema kan? haa,ikut suka aku la..lalala*

  • nak siap kan FYP dengan jayanya.
  • nak tamat kan pengajian tepat pada waktu nya.
  • nak DSLR NIKON D5000 (bila la ayah aku nak beli kn ek)
  • nak koje( mintak-mintak dapat yang bagus2,gaji ribu raban)
  • nak tunang ( nampak tak cincin kat atas ni? haa,bentuk yang cmtu la aku nak,xsabar den.. hikhik)
  • nak kahwin ( gatai na bdk ni,ish3x..)
  • nak beli LANCER (letak dalam list hantaran pun bagus gak..*wink2*)


pendek kata,semua benda aku nak,eleh,korg pun sama kan?
bek ngaku... hehe....

so,aku harap,segala azam aku akan tertunai la hendak nya. 
korg nak apa?ckp je,aku boleh tolong,
tolong dengar jela.. ^_^
cun kan? perghh... geramm!!!grrr!!!

    ~ni la nikon D5000 idaman kalbu~












Finally!


Setelah 2 3 hari men'touch up' balik blog yang dah agak bersawang ni,akhirnya aku memberani kan diri untuk meng'expose'kan blog aku kepada umum.
Orang lain punyer blog semua cantik-cantik,jeles tau! (aku punyer cantik gak kan?)
I'm a slow learner,and di sebabkan aku ni terlalu "kreatif",maka nya,ini sahaja la yang mampu untuk aku buat.. hehe..

Blog aku simple and pimple je,nak baca,baca la,kalau tak nak,kena baca juga..
Aku minah sms,agak kekok untuk aku menulis menggunakan perkataan penuh,mcm sekarang ni,
aku tengok macam pelik je ayat aku,skema kan? hahaha...

Aku terlalu "kreatif" sampai memerlukan bantuan orang lain untuk men'touch up' blog aku ni*haish,bengap sungguh la kamu ni kusya*. 
well,nak buat mcm mana,otak aku tak boleh terima benda-benda ke arah art ni.
Masa sekolah dulu pun,setakat lukis orang lidi tu aku pandai la..hehe...

Papepun,practice make perfect rite? so,i'll try my best to learn new things in my life..cewahhh,,speaking pulak,grammar berterabur..hikhik..

=lebey kurang mcm ni la muka aku masa edit blog ni.cute ha? mekasehh=